Selasa, 24 Februari 2009

Kelebihan Dikurniakan Anak Perempuan


Ingat tak lagi tentang masyarakat Jahiliah yang korang belajar suatu ketika dahulu? Ingat!!…. dalam masyarakat Jahiliah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial.
Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup2 demi menjaga maruah keluarga.
………..tapi, zaman sekarang pun ada yang macam tu ekkkk

Bermakna, daripada segi minda pemikiran kita masih lagi sama macam zaman Jahiliah dahulu. Yang berbeza cuma pada rupa muka bumi itu sahaja. Banyak masjid besar yang cantik tapi kecil jemaahnya, banyak bangunan pencakar langit……pendek kata banyak yang indah pada zaman moden ini. “Itulah wajah dunia semakin tua semakin cantik”

Kalau dilihat pada zaman moden hari ini pula, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka.

Apakah kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? atau cabaran kepada ibu dan ayahnya?Dahulu, mata aku ini begitu sukar utk melihat anak2 gadis berjalan2 di pekan kecil atau pun di kota besar. Dahulu juga, pancaindera aku ini, amat susah untuk melihat remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar2, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Dahulu juga, aku hanya dapat berbicara dengan remaja perempuan di sekolah sahaja..

Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus memepersendakan ALLAH.
Yang tak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.
Nabi s.a.w. ada bersabda : “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmayNYA untuk mereka.
Seorang lelaki bertanya : Juga untuk 2 anak perempuan wahai Rasulullah?? Sabda baginda : Juga untuk 2 anak perempuan.
Seorang lelaki berkata : atau untuk seorang wahai Rasulullah?? juga untuk seorang.” Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

Namun, diperluaskan juga kepada memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah “Tidak ada bagi sesiapa 3 org anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan ALLAH taala akan memasukkan mereka ke syurga” Riwayat Al-Bukhari.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, ALLLAH Taala dan RasulNYA telah menjanjikan balasan yang amat besar.


Sekian, wassalam
Ditulis oleh afzaiafandi

The Dark Side of Facebook


Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai
membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini.
Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan
sekali lagi sebagai info tambahan.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged
dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada
yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya,
tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan
wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang
aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun
pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.
Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain.
Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai
laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna
internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun
menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus
melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di
dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan



Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua
butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!!
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya,
mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun
tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka.
Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita
sendiri masukkan dalam account Facebook kita:


Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling
mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi
pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa
keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai
“professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang
seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan
segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan
mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah”
dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri
mereka sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily
schedule…. habis diberikan begitu sahaja.

Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:


Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu
dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang,
mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.
Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak
USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel
Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak
tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,
kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu
lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.
Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut:






Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence
Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.


Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana
silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri
sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang
dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.

Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.
Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat
Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Sekian.

Ditulis oleh khai.

Kenali Pokok Gharqad Yahudi


KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".


Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....***** a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.


Wallahu'alam.
11 September 2008, Ditulis oleh Putra. Khamis

Rabu, 18 Februari 2009

Menilai kecantikan.


Jangan terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang terpikat dengan wajah seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu adalah biasa saja.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Belum ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia.

Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan.

Jadi, jangan terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati.

Baik hati baiklah seluruh badan, jahat hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan Allah. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai Allah setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapalah kita, yang dapat menentukan dan membuat pilihan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Itu saja yang membezakan. Sesungguhnya, hargailah dan bersyukurlah kita dengan anugerah yang diberi.
Sekian.

Jumaat, 13 Februari 2009

Tanggungjawab Anak.

SETIAP insan yang bergelar anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal.Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.·

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24).
4·Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

Memenuhi permintaan. Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Menghadiahkan kejayaan.Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
8.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya. ·
9.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia. Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Sekian.



Related Posts with Thumbnails