Isnin, 25 Mei 2009

Renungan Buat Suami / Bakal Suami.

Renungan khas buat suami-suami serta bakal suami. InsyaAllah anda akan tergolong dalam orang yang terpilih oleh-nya.
Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. Tapi.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... Kala kau tiada duit, bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?"Tapi Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi binikau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberi nafkah?
Tiap-tiap malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, Lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan. Tapi yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang-kadang siap dengan kentut sekali.
Tiap kali kau balik lewat malam sampai jam 2-3 pagi atas alasan kerja atau kau nak lepak ngan kawan-kawan, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.Tapi yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti-reti nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur(peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidurtu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia taklelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
Sebaik sahaja saksi kata Sah!!!! tuhan tu telah kurniakan senses sebab itulah diaorang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang mesti tahu punya....Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang dan lain-lain. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya.
Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah kita. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah,kerana Allah telah berjanji, perempuan yang soleh hanya untuk lelaki yang soleh...Kalau kita sebagai lelaki tak soleh...jangan harap dapat bini yang solehah....Syukur apa yang telah dikurniakan.Tak semua perempuan itu baik, tapi baikkah kita nak dapat perempuan yang baik...??? Allah telah mengutuskan perempuan untuk lelaki...bukannya kita perlu hidup dengan sendiri....Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan......Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada....Syabas kepada sesiapa yang melangkah ke gerbang perkahwinan, Untuk yang tidak, anda sesungguhnya berada dalam alam misteri.

Jumaat, 22 Mei 2009

Amalan Berhutang

Amalan berhutang di zaman ini sudah menjadi persoalan biasa di kalangan masyarakat Islam. Sama ada ia atas nama pembiayaan peribadi, pelajaran, kereta, pemilikan kad kredit dan pelbagai skim ditawarkan syarikat perbankan, rata-rata ia memberi maksud hutang. Namun harus disedari hutang dapat membawa kesan yang buruk bukan sahaja di dunia malah lebih besar lagi di akhirat kelak.
Secara dasarnya Islam membolehkan kepada seseorang untuk berhutang atas faktor yang memaksa seperti masalah kesempitan hidup. Namun begitu, perlu diperjelaskan di sini bahawa bebanan bakal diterima si penghutang adalah berat, terutama jika hutang tidak dibayar. Lebih berat jika dia meninggal dunia dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan.Rasulullah ada memberi kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.
Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.
USAHA MEMBAYAR HUTANG
Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari - 41/585)
Firman-Nya yang bermaksud :“Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah bermaksud:“Barang siapa melapangkan dari orang mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan pada hari kiamat, dan barang siapa memudahkan atas orang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam urusan dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim - 032/6250)
Ketika menjelaskan hadis ini, Imam al-Nawawi dalam kitabnya Hadis 40 menyebut secara jelas satu contoh menarik iaitu mengenai adab berhutang. Beliau menyebut kemudahan kepada orang yang susah atau yang sempit jika dalam urusan hutang ialah memberi tempoh sewajarnya untuk pembayaran hutang selepas orang yang berhutang itu tidak berkemampuan membayarnya, malah lebih mulia lagi jika hutang itu digugurkan atau diberi beberapa kemudahan lain untuk menjelaskan hutang itu

Dipetik daripada: isuhangat1.blogspot.com

Jumaat, 8 Mei 2009

Kata Renungan


Dipetik daripada: Isuhangat.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails