Rabu, 30 September 2009

Membakar Bahtera

Maaf, bangkitlah. Janganlah tidur, Dayang Fina! Bangsaku sedang terhumban dalam kawah dosa.Bubur liur muntah kata penguncup bahasakini berterusan tercurah ke tekak bangsa.Kita dihulurkan panji bergelumang nanah,digesa agar ghairah menjulang setingginya.Di bawahnya, kita disihir menjadi angka bertandak serancak mengejek Akta Bahasa.

Tangan kuasawan yang berlinang billioname lupuskan ekuiti bangsa seenaknya—menyuburkan taman budaya wangsa penjajah,membakar bahtera khazanah Dato Hang Tuah.Usah lena lagi—usah, usah—Dayang Fina!Wira harta terus mencemar istana kata,menyihir murbawan jadi sekedar boneka untuk lanjut angkuh meludah Akta Bahasa.

Kita sedang diasuh mendakap kepalsuan,dalam senyap, menajisi benih kebenaran.Hikayat hemah wajar bangat diulang bacase belum bangsawan sedar hikmahnya aksara.Maaf, jangan lena, jangan lena, Dayang Fina!Bangsa sedang gelupur dalam cekau kuasa.Pendeta perlu cepat ganti gigi ke taring,meraung senyilu nasib bahasa yang gering.

Maaf, kini tidur selenanya, Dayang Fina!Cuma, jangan dilupai penakek bahasa.
30, 31 Ogos—3, Sept, 09. A. SAMAD SAID. (http://wirabukit.com)

Rabu, 9 September 2009

Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing

JAKARTA, 8 Sept -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.-- BERNAMA

Rabu, 2 September 2009

Jenis Petrol (RON).


RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda. Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :[Photo][Photo][Photo]Oleh : mazuki mustaffa
Related Posts with Thumbnails