Jumaat, 30 Oktober 2009

Mana Maruah Melayu Islam

Banyak berita yang mengemparkan penduduk Malaysia, terutamanya penduduk melayu Islam dengan berbagai kes samun dan pembunuhan. Kes jenayah seperti ini sering dan kerap kita dengar di dada-dada akhbar dan media. Adakah ini semua bala Allah yang diturunkan kepada umat manusia umumnya yang semakin terhakis keimanan mereka. 20 tahun dahulu susah dan jarang kita dengar kes-kes samun atau bunuh seperti sekarang. Kehidupan manusia hari ini musnah disebabkan ketamakkan, kerakusan, kejahatan dan kebodohan manusia itu sendiri.

Kes samun yang terbaru melibatkan pembunuhan warga emas di Kampung Besar, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Kesian sungguh dan menyayat hati orang tua dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kenapa semua ini boleh berlaku? Perkara ini berlaku adalah disebabkan manusia sekarang ini jauh dengan agama Islam, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral kurang ditekankan di semua peringkat masyarakat. Malah subjek Pendidikan Islam ini dijadikan mata pelajaran sahaja, bukan sebagai penghayatan.

Kebanyakan keluarga melayu Islam tidak mementingkan pendidikan Islam, mereka hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya untuk anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti. Mereka rasa semua ini sudah cukup dan berjaya mendidik anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa semua yang mereka tekankan dan pentingkan itu merupakan luaran atau intelektual sahaja, ilmu-ilmu ekademik semua merupakan ilmu keperluan jasmani sahaja untuk mencari kedudukan atau mencari makan dan minum sahaja. Maka dari sinilah masalah-masalah sosial makin meningkat dan makin berleluasa. Timbul berbagai jenayah yang baru seperti mat rempit, black mettal, skinhet, dadah dan sebagainya. Semua ini melibatkan muda mudi Islam atau melayu Islam.

Jarang kita dengar bangsa Cina dan India terlibat dengan jenayah seperti ini. Kebanyakannya semua dari orang melayu Islam. Kes buang anak di dalangi oleh remaja melayu Islam, dadah mejoriti melayu Islam, mat rempit melayu Islam dan semuanya melayu Islam. Apa yang perlu dibangakan kepada melayu Islam. malah melayu Islam telah mencemarkan maruah Islam yang suci.

Jika perkara ini tidak dibendung, kemungkinan 10 atau 20 tahun negara kita tergadai kepada bukan melayu, kerana orang melayu terlibat dengan jenayah dan mempunyai pendidikan tidak tinggi sebab merempit, dadah dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berkeluarga dan mempunyai anak, tanamkan roh Islam ke dalam jiwa anak seperti umur 7 tahun ajak sembahyang, menutup aurat, memperkenalkan perkara yang benar dan salah di sisi undang-undang Islam dan negara.

Anak-anak dididik atau diajar dengan penuh suasana Islam, saya yakin jika diizinkan Allah anak-anak tersebut tidak akan melakukan perkara kesesatan atau jenayah, kerana mereka mengetahui batasan Islam. Negara juga akan kembali aman dan tidak lagi kita dengar masalah-masalah sosial dari kalangan melayu Islam. Kesimpulan mudah mari kita berpegang kepada syiar Islam, maka hidup kita dan keluarga kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Dipetik daripada http://www.asshafiee.blogspot.com/ust.amin

Kehancuran Akidah Di Singapura

Salam perjuangan untuk semua, kali ini saya nak berkongsi tentang kemerosotan penghayatan Islam di Singapura yang semakin teruk. Kebanyakkan melayu Islam Singapura menerima pendidikan barat sehingga mereka mengagungkan tamadun barat, mereka juga mengamalkan cara hidup yang terbuka berdasarkan pahaman liberal yang menyebabkan penghayatan Islam terhapus di sana.

Pengaruh barat ini sangat berkesan dalam menghapuskan pemahaman Islam dengan cara senyap dan sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan umat Islam Negara itu jauh terpesong daripada ajaran Islam. Hal ini telah disuarakan oleh seorang menteri Negara itu yang ditugaskan bertanggungjawab tentang kebajikan orang-orang melayu Islam Negara itu. Beliau khuatir dan bimbang akan generasi akan datang lebih teruk dan tidak tahu identiti mereka sendiri.

Paling terpengaruh ialah anak-anak muda Islam di sana yang menjalankan kehidupan bebas sehingga tidak tahu batasan agama Islam kita, menyebabkan pergaulan bebas ini menjadi biasa dalam kehidupan mereka. Hal ini perlu dipertimbangkan, kerana ini merupakan malapetaka dari Allah disebabkan manusia makin melupainya. Tetapi saya hairan di sana ada Jabatan Agama, ada Pertubuhan Islam, ada orang alim tetapi kenapa mereka tidak mengambil tidakan yang sewajarnya untuk membendung masalah ini. Itulah hakikatnya apabila berada di Negara bukan Islam, semua aktiviti keagamaan disekat dan dipantau sehingga menyebabkan umat Islam sana jauh kepada agama Islam.

Diceritakan oleh kawan saya yang sering berkunjung ke sana, bagi orang Islam Singapura yang bekerja di sana tidak dibenarkan menunaikan solat dalam waktu bekerja, alasan majikannya solat boleh merugikan masa bekerja. Solat jumaat tidak dibenarkan dan sesiapa yang pergi atau keluar awal dari waktu rehat jam 1 : 00 tengahari akan dipotong gajinya sebanyak 45 dolar singapura sebulan. Hebat ancaman bukan Islam terhadap umat Islam di sana.

Dengan apa yang diceritakan di atas, dapat kita mengambil pengajaran bahawa Negara kita juga tidak terlepas dari ancaman tersebut. Perkara ini atau masalah ini sudah menjadi darah daging umat Islam kita yang sukakan hiburan tanpa batasan dan sangat memuja kehebatan barat. Saya memulis perkara ini ialah kerana merisaukan jenerasi muda kita dan jenerasi akan datang yang belum tahu keadaan sosialnya bagaimana. Takut jenerasi akan datang tidak mengenali Islam yang kaffah (Islam sebenar), mereka hanya tahu Islam liberal atau Islam yang berpandukan kehidupan sosial barat. Hal ini juga menjadi ancaman kepada kepupusan penghayatan Islam di Negara kita akan datang.

Marilah kita mulakan penghayatan Islam dikalangan keluarga kita dahulu sebagai pergerakkan permulaan untuk mengembalikan maruah Islam di Negara kita ini. Jika kita tidak menjadi pencetus kepada penghayatan Islam siapa lagi, mari kita mulakan dengan tindakan yang kecil dan disudahi dengan tindakan yang besar tanpa mengecewakan orang lain dengan tindakan yang berhikmah, tindakan mauizul hasanah dan mujadalah sebagai metode pegerakkan dakwah kita.

Dipetik daripada www.asshafiee.blogspot.com/ust.amin

Rabu, 28 Oktober 2009

Pengalaman & Iktibar.

Sebuah kisah mengenai pengalaman sebagai seorang guru sekolah. Semoga kisah ini dapat menghasilkan tenaga pendidik yang lebih bermutu dan berkualiti.

Begini ceritanya,

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk di rotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

Solat sunat
Puasa sunat
Berzikir
Bersedekah
Mengusap rambut anak yatim
Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
Membantu dan menolong orang miskin

Satu Keinsafan

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak-anak & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya. . siapa dia…. tiba2 aku merasa dada ku sesak… sukar untuk bernafas…. namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku…… terus erjalan….. kekerongkongku. … sakittttttttt. …….sakit. …..rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,… Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku…..Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku…kkhh. …….. khhhh….. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit….. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras…. mataku terbelalak.. … air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu….. aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia.. ????? Mengapa anak2 dan isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia……….????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia…….. dia……. dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan…????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu….. Aku cuba pula untuk merangkul anak-anak ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak… tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku… Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati… aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis…. berteriak. ……Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis……. masaku telah terlewat…. aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Oh Tuhan, Aku ingin bertaubat. Jika kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku masih mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Mekkah After 2010

















Jumaat, 23 Oktober 2009

Penemuan Ayat-ayat Suci Al-Quran pada kulit bayi










MOSCOW 21 oct 2009 - Penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan yang bernama Ali Yakubov di Kampung Red Oktober, Dagestan, Wilayah Selatan Rusia.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Menurut pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu dan mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

Suhu badan Ali meningkat kepada 40 darjah Celsius (demam) dan tidak dapat tidur sepanjang malam setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Menurut Majlis Mufti Rusia, menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi




































































































































































Khamis, 15 Oktober 2009

Mega Projek - Masjidil Haram

Kerajaan Arab Saudi bercadang untuk memajukan kawasan Masjidil Haram –tempat Ka’bah berada di dalamnya– dan Masjid Nabawi di Madinah sehingga akan menjadi bangunan termegah di dunia. Memang seharusnya, kerana puluhan juta umat Islam dari seluruh dunia tertumpu tempat suci itu setiap tahun, sampai kiamat untuk menyempurnakan ibadah rukun Islamnya. Inilah foto-fotonya.
Projek perumahan (penginapan) raksasa akan dimulai memutari Masjidil Haram. Dan hasilnya akan seperti ini setelah 12 tahun!! Titik kecil di tengah-tengah lingkaran adalah Ka’bah.


Gambaran 3 tahun kehadapan, Makkah Al-Mukarramah akan menjadi begini!!
Gedung Tertinggi ke-2 di dunia akan dibangunkan di Jeddah. Projek keretapi letrik akan dimulakan tahun depan dari Masjidil Haram ke Mina, dari Mina ke Mudzalifah, dari Mudazalifah ke Arafah.

Rumah Allah, Ka’bah akan tertutup oleh empat payung raksasa. Ratusan ribu jama’ah haji yang sedang melaksanakan ibadah akan merasakan teduh dari sengatan panas sinar matahari.

Gambaran Masjid Nabawi di Madinah pula akan seperti ini setelah empat tahun kehadapan Kotak kecil di tengah lingkaran adalah Masjid Nabawi sekarang.
Many thanks to Brother Mohamed Bokreta of Algiers for these amazing images.

Rabu, 14 Oktober 2009

Ahead of Iraq Deployment, 37 Korean Troops Revert to Islam

Captain Son Jin-gu from Zaitoon Unit recites an oath at ceremony to mark his conversion to Islam at a mosque in Hannam-dong, Seoul on Friday. /Yonhap

“I became a Muslim because I felt Islam was more humanistic and peaceful than other religions. And if you can religiously connect with the locals, I think it could be a big help in carrying out our peace reconstruction mission.” So said on Friday those Korean soldiers who converted to Islam ahead of their late July deployment to the Kurdish city of Irbil in northern Iraq.At noon Friday, 37 members of the Iraq-bound “Zaitun Unit,” including Lieutenant Son Hyeon-ju of the Special Forces 11th Brigade, made their way to a mosque in Hannam-dong, Seoul and held a conversion ceremony.
The soldiers, who cleansed their entire bodies in accordance with Islamic tradition, made their conversion during the Friday group prayers at the mosque, with the assistance of the “imam,” or prayer leader.With the exception of the imam, all the Muslims and the Korean soldiers stood in a straight line to symbolize how all are equal before God and took a profession on faith.They had memorized the Arabic confession, ” Ashadu an La ilaha il Allah, Muhammad-ur-Rasool-Allah,” which means, “I testify that there is no god but God (Arabic: Allah), and Muhammad is the Messenger of God.

Moreover, as the faithful face the “Kaaba,” the Islamic holy place in Mecca, Saudi Arabia, all Muslims confirm that they are brothers.For those Korean soldiers who entered the Islamic faith, recent chances provided by the Zaitun Unit to come into contact with Islam proved decisive.Taking into consideration the fact that most of the inhabitants of Irbil are Muslims, the unit sent its unreligious members to the Hannam-dong mosque so that they could come to understand Islam. Some of those who participated in the program were entranced by Islam and decided to convert.A unit official said the soldiers were inspired by how important religious homogeneity was considered in the Muslim World; if you share religion, you are treated not as a foreigner, but as a local, and Muslims do not attack Muslim women even in war.Zaitun Unit Corporal Paek Seong-uk (22) of the Army’s 11th Division said, “I majored in Arabic in college and upon coming across the Quran, I had much interest in Islam, and I made up my mind to become a Muslim during this religious experience period [provided by the Zaitun Unit].”He expressed his aspirations. “If we are sent to Iraq, I want to participate in religious ceremonies with the locals so that they can feel brotherly love and convince them that the Korean troops are not an army of occupation but a force deployed to provide humanitarian support.”


Jumaat, 2 Oktober 2009

Gempa Padang



Gempa Padang: Jumlah kematian masih bercelaru.. hampir 500 orang disahkan terkorban
JAKARTA: Jumlah kematian akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat petang semalam masih bercelaru dengan pelbagai laporan menyebut antara 215 orang hingga hampir 500 orang terkorban setakat tengah hari ini, ketika usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan

Pemerintah Indonesia bagaimanapun menganggarkan jumlah kematian akan mencapai angka ribuan kerana masih ramai mangsa yang dikhuatiri tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan lebih 1,000 bangunan termasuk hotel dan rumah serta prasarana lain.

Laporan beberapa pihak berkuasa setempat sehingga tengah hari ini menyebut lebih 100 mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan Hotel Ambacang di tengah Kota Padang dan lebih 60 murid pula terperangkap dalam bangunan tiga tingkat tempat mereka sedang mengikuti tuisyen ketika kejadian pada pukul 5.16 petang semalam.

Visual TV tempatan menunjukkan anggota tentera, ibu bapa dan orang ramai masih berusaha mencari dan menyelamatkan muridmurid itu, termasuk dengan menggunakan kudrat tangan kosong cuba mengalihkan tiang dan dinding konkrit yang sangat tebal, diiringi jerit tangis kaum keluarga yang menunggu.

Daripada hotel Ambacang pula, kelihatan seorang wanita berjaya di selamatkan dalam keadaan letih lesu dan terus dikejarkan ke hospital, pada ketika beberapa hospital termasuk Hospital Mohamed Jamil dilaporkan sudah tidak cukup tangan menangani mayatmayat mangsa yang dibawa ke situ.

Sejumlah orang juga dilaporkan masih terperangkap dalam runtuhan bangunan Hotel Bumi Minang, yang merupakan satu daripada hotel yang digemari rakyat Malaysia yang melancong ke Kota Padang atau menziarahi saudara mara di sana.

Maklumat dari pusat bencana di Pejabat Gabenor Sumatera Barat pula menunjukkan 215 orang disahkan mati di tiga lokasi utama yang paling teruk dilanda gempa iaitu di Kota Padang (139 orang), daerah kecil Padang Pariaman (62) dan Kota Pariaman (14).

Ketika keadaan di Kota Padang, Padang Pariaman dan Kota Pariaman masih kelam kabut, pagi ini Pulau Sumatera digoncang lagi oleh gempa bumi berkekuatan 7.0 SR di Jambi, berpusat di KM 46 ke tenggara Sungai Penuh pada kedalaman 10 KM di daratan pada pukul 8.52 pagi, dan gempa 5.5 SR berdekatan pada pukul 9.20 serta gempa 5.1 SR di Sipura Mentawai pada pukul 10.34 pagi.

Pemerintah Indonesia mengisytiharkan keadaan darurat bagi provinsi Sumatera Barat dan pelbagai bantuan ubat, makanan dan minuman dilapor telah dikirim ke sana dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang baru pulang dari Amerika Syarikat dijadual melawat Padang hari ini. BERNAMA
Related Posts with Thumbnails