Sungguh sedih tatkala melihat foto yang dipaparkan ini. Terharu melihat bagaimana seekor Monyet sanggup berjuang bermati-matian "berpantang ajal" untuk menyelamatkan anaknya dari dikerjakan oleh "anjing liar". Kami tidak pasti dimana gambar ini dirakamkan, namun inilah buktinya bahawa binatang pun sayangkan anaknya. Namun, kita kecewa melihat mutakhir ini semakin ramai "anak dibuang" di Malaysia ini. Apakah sebenarnya yang berlaku, apakah kerana salahnya sistem pemerintahan lantaran itu manusia tidak takutkan undang-undang dan hukuman dalam berbuat maksiat. Akhirnya, akibat telanjur mereka mencari jalan pintas dengan membuang anak yang dilahirkan atau lebih dasyat lagi mereka menggugurkan kandungan tersebut. Maka banyaklah yang kita dengan perkara ini. Cuba lihat foto di bawah sebagai bukti betapa dramatiknya adengan ini.

Ibu monyet sedang menyelamatkan anaknya yang dilanggar oleh sebuah vespa (kiri). Kemudian datang seekor anjing liar yang cuba untuk menggigit dan makan anak monyet tersebut (kanan). Lalu ibu monyet mula berjuang mempertahankan anaknya itu dari menjadi mangsa
Dengan sepenuh tenaga, si ibu berjuang dengan menerkam anjing liar terbabit supaya tidak memakan anaknya. Digigitnya belakang tengkok anjing itu dengan kuat sekali (kiri). Hinggalah akhirnya anjing tersebut beralah dan bertempiaran lari. Ibu monyet kemudian dengan sedih dan pilu melihat anaknya yang cedera parah itu. Sungguh tragis ! (kanan)
Inilah bukti, betapa kasih dan sayangnya sang ibu monyet terhadap anaknya. Ia jauh sekali berbeza dengan manusia hari ini, yang tergamak membuang anak, menyiksa dan membiarkan anak-anak leka dengan kenikmatan dunia. Akhirnya anak-anak hanyut dilambung gelombang jiwa remaja, rosak akhlaknya dan musnah imannya. Justeru itu, jadikan semua ini sebagai ikhtibar untuk kita renungi. Semoga ia memberi kesedaran untuk kita semakin sayang dan prihatin terhadap anak-anak kita, pewaris generasi akan datang.
[Sebenarnya ada yang menitis air mata melihat adengan sedih ini. Maka itulah kita harus berjuanga untuk memartabatkan Islam agar kembali tertegak di mukabumi ini. Biar apa pun wadah perjuangan kita, namun kita haruslah menanti hari kemenangan Islam. Kerana Islam adalah segalanya. Foto adalah ikhsan dari blog nisa kuantan].





Tiada ulasan:
Catat Ulasan